Followers

Monday, October 17, 2011

Wedding Of The Week

Assalamualaikum wbt n selamat2.. wohhooo.. new week come again..! mcm biase la.. da tgk title msti la tau entry ape kn.. hahaha.. semalam cousin ak, Najwa a.k.a Adik Wa kawin.. die nikah ari sabtu mlm ahad.. tp ak x pegi sbb ak kne jge bpk ak..(haha..alasan lbih.. pdahal nk tgk MU vs Liverpool..=p).. tp sanding2 ari ahad ak p tau.. haha.. bangga je... rumah die kt bukit changgang, banting.. jauh gak la ak rse..ehhehe.. tema die KELABU".. owh.. awesome.. cousin ak cantik ok.. haha... ak mls la nk cerite pjg.. lyn la gmbr ni.. btw, SELAMAT PENGANTIN BARU untuk adik wa & husband.. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat... =)

ini kite panggil pelamin ye.. haha..

ni abg pengantin a.k.a sepupu ak la kn.. haha

ni pulak mak pengantin a.k.a makcik ak la.. haha..

pengantin lelaki bru smpai...


yg ni of coz la pengantin.. haha..

ni pun pengantin jgk.. hehe...

ni kakak ak+emir+pengantin perempuan a.k.a sepupu ak.. =p

ni batman sesat... hahaha....

Friday, October 14, 2011

Suku Akhir (2) Perak vs Selangor

DUA faktor penting mengiringi perjuangan Perak dalam usaha mencari ilham menumbangkan Selangor pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini iaitu kredibiliti jurulatihnya, Norizan Bakar serta sokongan padu penyokong.
Norizan, 50, atau lebih mesra dipanggil Cikgu Jan pernah bergelar jurulatih kebangsaan serta pengendali Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan dilihat lebih luas pengalamannya berbanding jurulatih Selangor, P Maniam, 43, yang baru dilantik menggantikan K Devan, 20 September lalu.
Malah, gema sorak puluhan ribu penyokong setia skuad Kejor Yob Kejor itu pasti menggerunkan lawan, ditambah pula kehadiran semula empat tonggak berpengalaman - Akmal Rizal Rakhli, Shahrulnizam Mustapa, K Nanthakumar dan Nasril Nourdin dalam kesebelasan utama Perak. Namun, ia sesekali tidak menggentarkan Maniam yang lebih berminat memikirkan mengenai anak didiknya untuk terus kekal fokus dan berkeyakinan tinggi seperti dipamer ketika menewaskan Perak 3-1 di Shah Alam, Isnin lalu. “Sudah tentu Perak akan tampil lebih kuat di gelanggang sendiri. Tapi ia bukan masalah jika kami dapat meneruskan persembahan mantap seperti di Shah Alam. Saya tetap yakin dengan kualiti dimiliki pemain Selangor. “Cuma kita tak boleh ambil mudah dan leka kerana Perak pasti boleh menghukum kita. Apa pun dengan peningkatan ditunjukkan para pemain, saya yakin Selangor mampu melangkah ke separuh akhir,” kata Maniam ketika dihubungi, semalam.
Skuad Selangor bertolak ke Ipoh, malam tadi tanpa kelibat pemain tengah pertahanan, Bunyamin Umar yang digantung akibat kad merah diterimanya, Isnin lalu dan posisi itu akan diganti sama ada oleh Hardi Jaafar atau Fadzli Saari.


**
good luck SELANGOR.... viva SELANGOR..!

Thursday, October 13, 2011

Putus tangan diputar mesin basuh..?

LIVERPOOL: Tangan seorang kanak-kanak terputus selepas dia membuka penutup mesin basuh dan memasukkan tangannya ketika mesin itu berputar.

Lewis Wrench yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga, merayap di dapur dan berjaya membuka pintu mesin basuh muatan depan itu ketika ia masih berputar dan memasukkan tangannya ke dalam.


Ibunya, Rachel, 24, berada di ruang tamu di kediaman mereka di Crewe apabila dia mendengar jeritan anaknya.

Dia mendapati anaknya berlumuran darah dengan lengannya masih berada di dalam mesin. Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alher Hey di Liverpool tetapi doktor gagal menyelamatkan tangannya yang terputus dari bawah bahu.


“Kini, apabila saya tanya apa yang terjadi, dia menjawab: ‘Saya membuka penutup itu dan saya berpusing-pusing, kemudian tangan saya tercabut.’” Mengimbas kembali kejadian itu, Rachel berkata: “Apabila saya meluru, mesin itu masih berputar.


Saya mematikan suisnya dan memeluk Lewis sambil berlari keluar dan menjerit meminta tolong kepada jiran.

“Anak perempuan saya, Kadie, masuk ke dapur dan melihat apa yang berlaku. Dia menjadi trauma.


“Saya tidak percaya Lewis berupaya membuka penutup mesin itu dengan mudah. Ia sungguh menakutkan. Saya begitu kecewa.” Mesin itu disewanya sejak 2009 dan agensi yang terbabit dalam hal berkaitan dengan pengguna, Trading Standards, melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Wednesday, October 12, 2011

Perut ibu dibelah, anak dicuri..??

MADISON: Seorang wanita Wisconsin yang mempunyai tiga anak tetapi gagal memberikan zuriat kepada teman lelaki barunya, semalam didakwa kerana membunuh seorang wanita hamil, membelah perut mangsa dan mengambil bayi itu untuk dijadikan anaknya.

Menurut aduan dikemukakan pihak berkuasa, mangsa, Maritza Ramirez-Cruz, 23, hamil anak keempatnya dan bercadang menamakan bayi itu Omar.


Wanita keturunan Puerto Rico itu tidak pernah menyangka bakal menemui ajal di tangan Annette Morales-Rodriguez yang mengaku berkeliaran di kawasan Milwaukee selama dua minggu untuk mencari wanita hamil.

Pada 6 Oktober, Annette terjumpa Maritza - dijadual bersalin beberapa minggu lagi - dan menawarkan mangsa menaiki keretanya.


Bagaimanapun, Annete mendakwa dia perlu pulang dulu ke rumah untuk menukar kasut, manakala Maritza meminta kebenaran menggunakan tandas suspek.


Dokumen mahkamah menyatakan, sebaik saja Maritza keluar dari tandas, Annette, 33, memukul kepalanya dengan kayu besbol.

Apabila Maritza terbaring, Annette mencekiknya hingga pengsan sebelum membelah perut mangsa dengan meniru prosedur pembedahan Cesaerean seperti pernah ditontonnya dalam siaran televisyen.


Annette kemudian menyorok mayat Maritza di tingkat bawah rumahnya.

Petang hari itu, pasukan paramedik tiba di rumah Annette selepas dia mendakwa kononnya dia baru bersalin dan bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.


Bagaimanapun, paramedik gagal menyelamatkan bayi berkenaan, manakala Annette dibawa ke hospital.


Di situ, doktor kehairanan kerana mendapati tiada sebarang tanda Annette hamil atau baru bersalin.


Siasatan lanjut polis mendapati Annette bukan ibu kepada bayi yang mati di rumahnya.


Pegawai polis Wisconsin, Edward Flynn, berkata pemeriksaan di rumah Annette membolehkan polis menemui mayat Maritza yang disembunyikan sebelum itu. Doktor berkata, Maritza mati akibat kehilangan darah yang banyak. - DM


SUMBER

**

erkkk... mcm ni punye org pon ade... syukur la xjd kt Malaysia.. huhu..

Tuesday, October 11, 2011

Angry Bird..??

erk.. angry bird..? ape tu.? haha..actually ak dpt adiah dr kawan ak.. katenye die tgk bende tu, die teringat kt ak.. gile awesome kwn ak ni.. hahaha... maybe sbb ak slalu buli die kot sbb tu teringat kt ak.. haha... klu die bce entry ni, ak nk kate time kaseh byk2 la sbb bg adiah kt ak.. terharu gile ak.. gelak berkobar2 ak klu terharu.. hahaha.. sudi2 la bg adiah lg lenkali.. seluas lautan ak tadah tgn ak nk trime adiah lg.. haha.. kwn2 laen pon klu nk bg adiah pon ape slahnye.. ade gak kenangan kn.. alasan ak.. hahaha..

ni la angry birdnye.. + coklat skali tau.. hahaha..

ni la kwn ak yg bg adiah tu.. suzika nmenye.. single lg kot die.. klu ad sape2 berkenan meh la ak tolong ejaz kn utk korang.. msti dpt.. hahaha..