Followers

Saturday, October 29, 2011

Roomate


roomate..?? ha, dah kenape dgn roomate..?? bhahaha.. tbe2 je ak rse tergerak nk wat entry pasal "ROOMATE".. motif..?? rindu kot.. miahahaha... actually entry ni ak nk knal kn la kn roomate2 ak yg penah tido sebilik dgn ak mase kt PSIS.. klu xtau ape tu PSIS pegi search kt google.. hahah.. xla.. PSIS stand for POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH Sabak Bernam, Selangor.. actually ak ni xsuke duk kt blik.. selagi mate ak xngantok, sleagi mate ak blom nk tido, ak akan merayau pegi bilik org.. hahaha.. ni la keje ak bile duk hostel.. merayau jo kojonya.. so, sorry kt roomate2 ak yg slalu kne tinggal.. ampunkan aku..! hahaha.. jom ak kenalkan roomate2 ak.. jeng3..!! =p

ni DIYANA.. my first roomate.. mase sem 1.. bilik 2 org je ok.. die ni budak make-up2 a.k.a budak DSK... haha.. n die ni jgk la yg slalu kene tinggal.. miahaha.. ampun buk.. hahaha...

IKA

NIZAH

DILLA

SHA

MUNIR
**ika, nizah, dilla, sha, munir ni roomate ak mse sem 2 pulak... diorang ni pon slalu kene tinggal jgk kot.. tp diorang xprasan.. miahahaa... yg ni smue budak it except ika.. die budak make-up2 mcm diyana jgk.. ahahaha...

ANIS

KAK JUN

PAWAN
**ha yg 3 org ni pulak roomate ak mse sem 4.. anis, kak jun n pawan... actually kitorang bkn 1 bilik.. ak tercmpak dgn budak2 kos pe tah.. x serasi bersame kate kn.. tu mintak tukar.. smpai kene marah la dgn warden.. smpai sakit2 ak d buatnye.. hahaha...

Monday, October 24, 2011

Lee Chong Wei Kecundang

PERLUKAH Datuk Misbun Sidek dipanggil semula membimbing Lee Chong Wei? Persoalan itu timbul selepas jaguh n negara itu jelas 'berkarat' hingga tumbang buat kali kedua berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long di final Siri SuperTerbuka Denmark di Odense Sports Park, malam tadi.
Kekalahan 15-21, 18-21 bukan saja menyaksikan impian Chong Wei memenangi kejuaraan ketujuh musim ini musnah, malah hasratnya menjuarai kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) sempena ulang tahun kelahiran ke-29 Jumaat lalu, turut berkubur.
Bagi Chen Long, kemenangan itu membuktikan kejayaannya menumbangkan pemain nombor satu dunia pada final Terbuka Jepun bulan lalu, bukan sekadar nasib. Persaingan antara pemain nombor satu dan tiga dunia itu tampak seimbang tetapi beberapa kesilapan mudah Chong Wei pada pertengahan saingan menyaksikan Chen Long mendahului sebelum menang 21-15. Hajat Chong Wei untuk bangkit tidak kesampaian apabila Chen Long menamatkan saingan 21-18.


Friday, October 21, 2011

Hebat Ke Perempuan..??

HEBAT KE PEREMPUAN.??

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising.
Perempuan, stokin pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan sehari.
konfem tak tahan bertutup semua.
Tapi, perempuan cool jer.
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah. Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit.
nak pergi kelas pun susah.
cuba tengok budak lelaki, selamber je.
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nk sakit.
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je.
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit.

HEBATKAN PEREMPUAN.??

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati mereka Allah jadikan lembut betul.
Cepat je sensitif.
Cuba tengok orang putus cinta.
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa.
Lelaki lepas putus cinta cepat je cari yang baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan.
Siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi.
Lembut tak lembut hati perempuan.
Tapi, dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki.

HEBAT TAK PEREMPUAN>??

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Diorang cakap, Allah tak adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal, jadi perempuan tu sangatlah susah.
Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tak menutuo aurat dengan alasan, "lelaki tak payah tutup pun".
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki.
Mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis lelaki.

KESIAN KAN DEKAT PEREMPUAN.??

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri.
Mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil.

PERSOALANNYA SEKARANG.??

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tapi, cuba ingat balik, syurga anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya.
Tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sayangkan kaum perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Kalau paling banyak dia ada empat orang isteri.
Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.
Tapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu.

MASYAALLAH, HEBATNYA PEREMPUAN KAN.??

Kenapa perempuan hebat?
Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat.
Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio.
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni.
Perempuan senang nak masuk syurga.

HADIS:
"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai".
(Hadis Riwayat Ahmad).

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah padamu.
Betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Wahai perempuan.
Nampakkah anda betapa sayangnya Allah padamu.
Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahnya.
Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum perempuan yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH.!!

Kau ampunkanlah dosa-dosa kami.
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan.
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah.
Kau berilah kami akan jalan yang lurus.
Kau kuatkanlah iman kami.

AMIN..!

Monday, October 17, 2011

Wedding Of The Week

Assalamualaikum wbt n selamat2.. wohhooo.. new week come again..! mcm biase la.. da tgk title msti la tau entry ape kn.. hahaha.. semalam cousin ak, Najwa a.k.a Adik Wa kawin.. die nikah ari sabtu mlm ahad.. tp ak x pegi sbb ak kne jge bpk ak..(haha..alasan lbih.. pdahal nk tgk MU vs Liverpool..=p).. tp sanding2 ari ahad ak p tau.. haha.. bangga je... rumah die kt bukit changgang, banting.. jauh gak la ak rse..ehhehe.. tema die KELABU".. owh.. awesome.. cousin ak cantik ok.. haha... ak mls la nk cerite pjg.. lyn la gmbr ni.. btw, SELAMAT PENGANTIN BARU untuk adik wa & husband.. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat... =)

ini kite panggil pelamin ye.. haha..

ni abg pengantin a.k.a sepupu ak la kn.. haha

ni pulak mak pengantin a.k.a makcik ak la.. haha..

pengantin lelaki bru smpai...


yg ni of coz la pengantin.. haha..

ni pun pengantin jgk.. hehe...

ni kakak ak+emir+pengantin perempuan a.k.a sepupu ak.. =p

ni batman sesat... hahaha....

Friday, October 14, 2011

Suku Akhir (2) Perak vs Selangor

DUA faktor penting mengiringi perjuangan Perak dalam usaha mencari ilham menumbangkan Selangor pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini iaitu kredibiliti jurulatihnya, Norizan Bakar serta sokongan padu penyokong.
Norizan, 50, atau lebih mesra dipanggil Cikgu Jan pernah bergelar jurulatih kebangsaan serta pengendali Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan dilihat lebih luas pengalamannya berbanding jurulatih Selangor, P Maniam, 43, yang baru dilantik menggantikan K Devan, 20 September lalu.
Malah, gema sorak puluhan ribu penyokong setia skuad Kejor Yob Kejor itu pasti menggerunkan lawan, ditambah pula kehadiran semula empat tonggak berpengalaman - Akmal Rizal Rakhli, Shahrulnizam Mustapa, K Nanthakumar dan Nasril Nourdin dalam kesebelasan utama Perak. Namun, ia sesekali tidak menggentarkan Maniam yang lebih berminat memikirkan mengenai anak didiknya untuk terus kekal fokus dan berkeyakinan tinggi seperti dipamer ketika menewaskan Perak 3-1 di Shah Alam, Isnin lalu. “Sudah tentu Perak akan tampil lebih kuat di gelanggang sendiri. Tapi ia bukan masalah jika kami dapat meneruskan persembahan mantap seperti di Shah Alam. Saya tetap yakin dengan kualiti dimiliki pemain Selangor. “Cuma kita tak boleh ambil mudah dan leka kerana Perak pasti boleh menghukum kita. Apa pun dengan peningkatan ditunjukkan para pemain, saya yakin Selangor mampu melangkah ke separuh akhir,” kata Maniam ketika dihubungi, semalam.
Skuad Selangor bertolak ke Ipoh, malam tadi tanpa kelibat pemain tengah pertahanan, Bunyamin Umar yang digantung akibat kad merah diterimanya, Isnin lalu dan posisi itu akan diganti sama ada oleh Hardi Jaafar atau Fadzli Saari.


**
good luck SELANGOR.... viva SELANGOR..!

Thursday, October 13, 2011

Putus tangan diputar mesin basuh..?

LIVERPOOL: Tangan seorang kanak-kanak terputus selepas dia membuka penutup mesin basuh dan memasukkan tangannya ketika mesin itu berputar.

Lewis Wrench yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga, merayap di dapur dan berjaya membuka pintu mesin basuh muatan depan itu ketika ia masih berputar dan memasukkan tangannya ke dalam.


Ibunya, Rachel, 24, berada di ruang tamu di kediaman mereka di Crewe apabila dia mendengar jeritan anaknya.

Dia mendapati anaknya berlumuran darah dengan lengannya masih berada di dalam mesin. Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alher Hey di Liverpool tetapi doktor gagal menyelamatkan tangannya yang terputus dari bawah bahu.


“Kini, apabila saya tanya apa yang terjadi, dia menjawab: ‘Saya membuka penutup itu dan saya berpusing-pusing, kemudian tangan saya tercabut.’” Mengimbas kembali kejadian itu, Rachel berkata: “Apabila saya meluru, mesin itu masih berputar.


Saya mematikan suisnya dan memeluk Lewis sambil berlari keluar dan menjerit meminta tolong kepada jiran.

“Anak perempuan saya, Kadie, masuk ke dapur dan melihat apa yang berlaku. Dia menjadi trauma.


“Saya tidak percaya Lewis berupaya membuka penutup mesin itu dengan mudah. Ia sungguh menakutkan. Saya begitu kecewa.” Mesin itu disewanya sejak 2009 dan agensi yang terbabit dalam hal berkaitan dengan pengguna, Trading Standards, melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Wednesday, October 12, 2011

Perut ibu dibelah, anak dicuri..??

MADISON: Seorang wanita Wisconsin yang mempunyai tiga anak tetapi gagal memberikan zuriat kepada teman lelaki barunya, semalam didakwa kerana membunuh seorang wanita hamil, membelah perut mangsa dan mengambil bayi itu untuk dijadikan anaknya.

Menurut aduan dikemukakan pihak berkuasa, mangsa, Maritza Ramirez-Cruz, 23, hamil anak keempatnya dan bercadang menamakan bayi itu Omar.


Wanita keturunan Puerto Rico itu tidak pernah menyangka bakal menemui ajal di tangan Annette Morales-Rodriguez yang mengaku berkeliaran di kawasan Milwaukee selama dua minggu untuk mencari wanita hamil.

Pada 6 Oktober, Annette terjumpa Maritza - dijadual bersalin beberapa minggu lagi - dan menawarkan mangsa menaiki keretanya.


Bagaimanapun, Annete mendakwa dia perlu pulang dulu ke rumah untuk menukar kasut, manakala Maritza meminta kebenaran menggunakan tandas suspek.


Dokumen mahkamah menyatakan, sebaik saja Maritza keluar dari tandas, Annette, 33, memukul kepalanya dengan kayu besbol.

Apabila Maritza terbaring, Annette mencekiknya hingga pengsan sebelum membelah perut mangsa dengan meniru prosedur pembedahan Cesaerean seperti pernah ditontonnya dalam siaran televisyen.


Annette kemudian menyorok mayat Maritza di tingkat bawah rumahnya.

Petang hari itu, pasukan paramedik tiba di rumah Annette selepas dia mendakwa kononnya dia baru bersalin dan bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.


Bagaimanapun, paramedik gagal menyelamatkan bayi berkenaan, manakala Annette dibawa ke hospital.


Di situ, doktor kehairanan kerana mendapati tiada sebarang tanda Annette hamil atau baru bersalin.


Siasatan lanjut polis mendapati Annette bukan ibu kepada bayi yang mati di rumahnya.


Pegawai polis Wisconsin, Edward Flynn, berkata pemeriksaan di rumah Annette membolehkan polis menemui mayat Maritza yang disembunyikan sebelum itu. Doktor berkata, Maritza mati akibat kehilangan darah yang banyak. - DM


SUMBER

**

erkkk... mcm ni punye org pon ade... syukur la xjd kt Malaysia.. huhu..

Tuesday, October 11, 2011

Angry Bird..??

erk.. angry bird..? ape tu.? haha..actually ak dpt adiah dr kawan ak.. katenye die tgk bende tu, die teringat kt ak.. gile awesome kwn ak ni.. hahaha... maybe sbb ak slalu buli die kot sbb tu teringat kt ak.. haha... klu die bce entry ni, ak nk kate time kaseh byk2 la sbb bg adiah kt ak.. terharu gile ak.. gelak berkobar2 ak klu terharu.. hahaha.. sudi2 la bg adiah lg lenkali.. seluas lautan ak tadah tgn ak nk trime adiah lg.. haha.. kwn2 laen pon klu nk bg adiah pon ape slahnye.. ade gak kenangan kn.. alasan ak.. hahaha..

ni la angry birdnye.. + coklat skali tau.. hahaha..

ni la kwn ak yg bg adiah tu.. suzika nmenye.. single lg kot die.. klu ad sape2 berkenan meh la ak tolong ejaz kn utk korang.. msti dpt.. hahaha..

Sunday, October 2, 2011

Piala Sultan Selangor 2011 :: Veteren Selangor Gah, Pilihan Selangor Hampa

MASIH ada bisa dalam sentuhan Dollah Salleh apabila dua jaringannya selepas gol pembukaan daripada jurulatih baru Merah Kuning, P Maniam, memastikan Veteran Selangor memenangi perlawanan edisi ke-10 Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi. Bersaksikan lebih 50,000 peminat - sebahagian besarnya penyokong setia Merah Kuning, Dollah ternyata masih bernafsu menghidu peluang jaringan apabila menambah dua gol dalam aksi 40 minit itu, untuk memberikan kejuaraan kali keenam buat Selangor.

***
Dollah Salleh, sy salute same pakcik lah..! hehe...


MISI Selangor untuk membalas dendam kekalahan skuad kebangsaan terhadap Singapura pada Kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu, tidak kesampaian apabila tewas 0-1 hasil jaringan sendiri Asraruddin Putra Omar pada aksi Piala Sultan Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Ia turut memusnahkan hajat Selangor menyekat penguasaan Singapura yang kini muncul juara buat kali keenam (termasuk juara bersama edisi 2004) dan kejuaraan hatrik selepas menang pada 2009 (3-0) dan tahun lalu (6-0). Selangor kendalian P Maniam turun dengan diperkuat dua bekas pemain Liverpool dan Manchester United, Jason McAteer dan Jesper Blomqvist serta penyerang Pelita Jaya, Safee Sali manakala Singapura bimbingan Radojko Avramovic tanpa tiga tonggak - Mustafic Fahrudin, Hariss Harun dan Qiu Li. Babak pertama lebih menyaksikan kecemerlangan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Singapura termasuk menepis rembatan Hafiz Rahman pada minit ke-34. Pada awal babak kedua, kapten Selangor, Amri Yahyah mempersiakan dua peluang di depan gol pada minit ke-46 dan 50 ketika hanya berdepan penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud yang masuk menggantikan Lionel Lewis selepas waktu rehat. Gawang Selangor bocor pada minit ke-65 apabila Asrarudin tertanduk sepakan sudut kapten Singapura, Shahril Ishak ke gawang sendiri. Pada minit ke-80, gol penyamaan Selangor dibatalkan pengadil selepas Amri didakwa menggunakan tangan untuk menguis masuk bola sepakan sudut Hardi Jaafar.

***
Penjaga gol Selangor, G Jeevananthan mmg WOW la..!


Saturday, October 1, 2011

Piala Sultan Selangor 2011::Singapura turun tanpa tiga tonggak

SINGAPURA tampak tidaklah begitu gah untuk berdepan Selangor pada aksi Piala Sultan Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, malam ini. Mereka bakal turun tanpa dua tonggak tengah, Mustafic Fahrudin dan Hariss Harun serta penyerang naturalisasi dari China, Qiu Li dan situasi itu membuatkan jurulatihnya, Radojko Avramovic tampak lebih ‘merendah diri’. “Kami akan cuba menjadikan perlawanan ini sesuatu yang menarik untuk ditonton, cuba beraksi dengan baik dan sudah tentu mahu mempertahankan trofi di tangan Singapura.

“Apa pun perlawanan seumpama ini peluang baik untuk kedua-dua negara saling membantu dalam pembangunan bola sepak. Ia juga persiapan terbaik untuk kami menghadapi Jordan (Kelayakan Piala Dunia 2014), 11 Oktober depan,” kata Avramovic ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Shah Alam, malam tadi. Mustafic tidak dibawa kerana bakal digantung untuk pertemuan dengan Jordan, Hariss sedang mengikuti program Khidmat Negara manakala Li cedera ketika bertemu Iraq, 6 September lalu. Ditanya adakah Singapura sebagai pilihan untuk menang malam ini berdasarkan kemenangan besar 6-0 pada edisi tahun lalu, Avramovic berkata: “Setiap perlawanan berbeza. Mungkin Selangor lebih bersedia kali ini. Cuma saya mengharapkan satu permainan yang terbuka.” Kapten Singapura, Shahril Ishak menganggap bertemu Selangor sesuatu yang berbeza biarpun dia dan rakan-rakan berjaya menumbangkan skuad kebangsaan Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Julai lalu. “Kami dah lupakan kemenangan itu, ini perlawanan lain. Saya rasa tahap kelab berbeza, ditambah pula Selangor akan diperkuatkan dua pemain import (Jason McAteer dan Jesper Blomqvist). Tapi kami akan main macam biasa,” kata Shahril.


***
GOOD LUCK SELANGOR..!!