Followers

Monday, October 24, 2011

Lee Chong Wei Kecundang

PERLUKAH Datuk Misbun Sidek dipanggil semula membimbing Lee Chong Wei? Persoalan itu timbul selepas jaguh n negara itu jelas 'berkarat' hingga tumbang buat kali kedua berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long di final Siri SuperTerbuka Denmark di Odense Sports Park, malam tadi.
Kekalahan 15-21, 18-21 bukan saja menyaksikan impian Chong Wei memenangi kejuaraan ketujuh musim ini musnah, malah hasratnya menjuarai kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) sempena ulang tahun kelahiran ke-29 Jumaat lalu, turut berkubur.
Bagi Chen Long, kemenangan itu membuktikan kejayaannya menumbangkan pemain nombor satu dunia pada final Terbuka Jepun bulan lalu, bukan sekadar nasib. Persaingan antara pemain nombor satu dan tiga dunia itu tampak seimbang tetapi beberapa kesilapan mudah Chong Wei pada pertengahan saingan menyaksikan Chen Long mendahului sebelum menang 21-15. Hajat Chong Wei untuk bangkit tidak kesampaian apabila Chen Long menamatkan saingan 21-18.


No comments:

Post a Comment