Followers

Friday, October 21, 2011

Hebat Ke Perempuan..??

HEBAT KE PEREMPUAN.??

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising.
Perempuan, stokin pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan sehari.
konfem tak tahan bertutup semua.
Tapi, perempuan cool jer.
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah. Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit.
nak pergi kelas pun susah.
cuba tengok budak lelaki, selamber je.
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nk sakit.
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je.
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit.

HEBATKAN PEREMPUAN.??

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati mereka Allah jadikan lembut betul.
Cepat je sensitif.
Cuba tengok orang putus cinta.
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa.
Lelaki lepas putus cinta cepat je cari yang baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan.
Siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi.
Lembut tak lembut hati perempuan.
Tapi, dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki.

HEBAT TAK PEREMPUAN>??

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Diorang cakap, Allah tak adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal, jadi perempuan tu sangatlah susah.
Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tak menutuo aurat dengan alasan, "lelaki tak payah tutup pun".
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki.
Mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis lelaki.

KESIAN KAN DEKAT PEREMPUAN.??

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri.
Mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil.

PERSOALANNYA SEKARANG.??

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tapi, cuba ingat balik, syurga anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya.
Tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sayangkan kaum perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Kalau paling banyak dia ada empat orang isteri.
Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.
Tapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu.

MASYAALLAH, HEBATNYA PEREMPUAN KAN.??

Kenapa perempuan hebat?
Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat.
Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio.
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni.
Perempuan senang nak masuk syurga.

HADIS:
"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai".
(Hadis Riwayat Ahmad).

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah padamu.
Betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Wahai perempuan.
Nampakkah anda betapa sayangnya Allah padamu.
Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahnya.
Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum perempuan yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH.!!

Kau ampunkanlah dosa-dosa kami.
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan.
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah.
Kau berilah kami akan jalan yang lurus.
Kau kuatkanlah iman kami.

AMIN..!

No comments:

Post a Comment